BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 14 May 2012

lelaki masak?? oh tidak!!

Assalamualaikum sume..:)
lelaki masak?? macam pelik je bunyi nye..hahaha mane tak nye biase kerje2 memasak nie di bagi kan dkt prempuan..
tapi yang bile lelaki masak,lagi sedap dr prempuan..kn3...buktinye..
chef nombor satu kt malaysia..hahaha walaupon mulot die agak laser skit la kn ..

tapi bila lelaki memasak di dapur,nie la jadi nye...

.

                       9 fakta menarik bila lelaki masuk dapur kredit to amekaw.com

1) Menurut kajian, 99.9% lelaki di Malaysia amat pandai masak kari. Tapi megi kari saja la.

2) Lelaki kadang-kadang memang suka memasak. Tapi masalah utama ialah mereka amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk. Dan ini adalah persamaan antara hosmet aku yang dulu dan sekarang. Dalam sinki tu sentiasa ada pinggan dan gelas.

3) Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah, bukan main bising lagi.
4) Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju.Yang lebih seksi hanya memakai tuala. Yang lagi kurang bersih memasak sambil menghisap rokok. Tapi yang paling kotor adalah masak sambil mengesat hingus yang meleleh. Tapi yang ni kes terpencil la.

5) Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur goreng dan juga sardin. Tak ketinggalan jugak kicap masin. Yang rajin sikit masak megi dengan telur.
6) Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas masakan akan cepat habis, kerana lelaki memasak selalunya guna api yg kuat. Cepat sikit masak. Kalau tak percaya, cuba tengok kat kedai mamak. Apinya bukan main lagi besar.

7) Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang tersendiri. Kalau ada lumut dan lipas itu tandanya mesra alam.
8 ) Biasanya lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki. Yang penting, asalkan kenyang. Tapi kalau perempuan yang masak, komplen dia banyak sikit. Dulu aku pernah komen masakan seorang perempuan, lama jugak dia merajuk. Sampai meluahkan perasaan dalam blog wakaka.

9) Kalau lelaki membeli pelbagai lauk dan memasak dengan bersungguh-sungguh, serta dalam kuantiti yang banyak, itu maknanya dia nak bagi kat makwe. Tak pun dalam proses nak mengorat.


hahahaha~sebab tu tugas memasak sume nie di beri kan pade wanita...tapi ade sesetengah pendapat kate lelaki akan nmpak macho jika mereka pandai masak..haha tapi kaum lelaki kne blajar jugak masak skit-skit untuk hal-hal emergency mcm isteri korang bru habis pantang ke..bankrup la kalau tiap-tiap hari makan dekat kedai mase tu..dlu bapak aku pon masak kan untuk mak aku bru lepas pantang...kan nmpak romantik tu :) ok la adios~!!

0 comments: