BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, 11 March 2012

LELAKI!!



assalamualaikum :)

malam-malam nie aku ade bace artikel dekat http://www.uptomu.net. ..kalau kau bace tajuk post-post die mmg mgancam la..hhahamane tak nye tjuk sume plik-plik dan menarik..bace punye bace post die jumpe la psl LELAKI~ ade part-part yg betol ade jugak yg slah..tp aku share jugak la kt korang kn~





5 Rahsia Besar Lelaki Dibongkar! wee ^_^

(1) Cerita xxx- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, boleh dikatakan hampir keseluruhan lelaki pernah menonton cerita xxx secara langsung ataupun tidak langsung. Ini berkemungkinan disebabkan sifat keinginan seks lelaki adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita. *sbenarnye aku pon da buat kajian dekat classmate aku pada dahulu kala,hmpir sume dalam kelas tu pernah tengok cite xxx tapi da taubat da kot hahahak!




(2) Lelaki adalah pengintip!- Salah satu perkara yang lelaki suka lakukan adalah dengan mengintip maklumat peribadi seseorang wanita yang mereka gemari. Tidak kira samaada mereka sudah berpasangan ataupun tidak, kegiatan ini adalah merupakan satu perkara wajib bagi kebanyakan lelaki.*eh!! ini macam aku jek









(3) Lelaki sukar menolak peluang- Sekiranya ada wanita lain yang cuba menggoda seorang lelaki, tambahan pula wanita tersebut mempunyai wajah yang menarik dan ciri wanita idaman, agak sukar untuk lelaki menolak pelawaan mereka. Ini menyebabkan lelaki akan melayan wanita tersebut tanpa pengetahuan anda!*yeah!! that right~ bak kate org dulu-dulu rezeki jgn ditolak maut jgn di cari kn









(4) Lelaki mudah bosan- Kebiasaannya, lelaki akan bersifat seromantik mungkin pada permulaan hubungan. Tetapi apabila hubungan telah menjangkau usia lebih dari setahun, sifat romantik akan terhakis sedikit demi sedikit.* hahahak~tapi masalah nye aku mmg tak romantik pon :P





(5) Penggoda adalah sifat lelaki- Tidak bermakna sekiranya seseorang lelaki tersebut sudah mempunyai pasangan, mereka akan berhenti daripada cuba menggoda wanita lain.* hahahak..yg nie prempuan kne konfem kn sbb aku rase aq ni mamat poyo jek !



dlam blog nie jugak, aku jumpe lelaki pertame menjadi ibu di dunie..



Hah! sape kate lelaki tak boleh mengandung??

hahaha sebenarnye. dia dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri..



hahak terkena kn korng :P

yg nie pulak kalau korang nk rpat ngn lelaki lebih dalam lagi tapi jgn la pcaye bulat-bulat ok..nanti tak pasal pasal jek aku kena kejo ngn parang sbb putus ngn bf hehe





Kenali Siapa Lelaki.. ??



1. Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.* yang nie boleh pakai,kadang-kadang mse nie die lebih selese kluar ngn member die dr kluar ngn makwe die


2. Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. *ikut kan lelaki memang suke simpan sendiri,die tak mau nampak lemah depan org lain

3. Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. * Berbeza dengan prempuan kan bukan? Tatkala prempuan tertekan, emosi anda umpama ombak.
Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.
4. Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam- kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5. Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga? 


7. Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8. Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

9. Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10. Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12. Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.

13. Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14. Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.


"People wil forget what you said,
people will forget you did,
but people will never forget how you made them feel..."


igt baik-baik ayat atas tu..ok la smpai sini je la post kali nie..kalau aku jumpe bende-bende menarik aku kongsi dengan korng ea..hahaha assalamualaikum ^_^

0 comments: